Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا عَلِيُّ! إِنَّكَ سَتَقْدَمُ عَلَى اللَّهِ أَنْتَ وَشِيعَتُكَ رَاضِينَ مَرْضِيِّينَ، وَيَقْدَمُ عَلَيْهِ عَدُوُّكَ غِضَاباً مُقْمَحِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ali! Sesungguhnya kamu akan menuju kepada Allah (pada hari kebangkitan) dalam keadaan kamu dan pengikutmu (Syiah) reda dan diredai, manakala musuhmu pula menuju kepada-Nya dalam keadaan marah dan terdongak (kerana dibelenggu).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1292, hadis no. 6615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abdullah bin Najiy katanya: Bahawa sesungguhnya Ali datang pada hari Basrah dengan membawa emas atau perak lalu dia pun berjenaka dan berkata: Memutihlah atau menguninglah, dan tertipulah selainku. Perdayalah orang selainku, perdayalah orang-orang Sham jika mereka menawan kamu. Kata-katanya itu menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan orang ramai lalu disebutkan hal demikian kepadanya. Kemudian dia pun datang menemui orang ramai lantas berkata: Sesungguhnya kekasihku Nabi SAW pernah bersabda: Wahai Ali! Sesungguhnya kamu akan menuju kepada Allah (pada hari kebangkitan) dalam keadaan kamu dan pengikutmu (Syiah) reda dan diredai, manakala musuhmu pula menuju kepada-Nya dalam keadaan marah dan terdongak (kerana dibelenggu). Kemudian Ali menggabungkan tangannya ke lehernya untuk memperlihat buat mereka bagaimana keadaan belenggu itu. [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5589].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman