Classification icon

Palsu

01/07/2024

minit bacaan


Kongsi di Twitter
Kongsi di Facebook
Kongsi di WhatsApp
Kongsi di Telegram
Salin pautan
Hasilkan poster hadis

Wahai ‘Ali! Kamu adalah tuan di dunia, tuan di akhirat, kekasihmu adalah kekasihku

Teks Bahasa Arab

يا عليُّ ! أنت سيدٌ في الدنيا، سيدٌ في الآخرةِ، حبيبُك حبيبي، وحبيبي حبيبُ اللهِ، وعدوُّك عدُوِّي، وعدُوِّي عدوُّ اللهِ، والوَيْلُ لمن أبغضك بعدي.

Teks Bahasa Melayu

Wahai ‘Ali! Kamu adalah tuan di dunia, tuan di akhirat, kekasihmu adalah kekasihku, kekasihku adalah kekasih Allah, musuhmu adalah musuhku, musuhku adalah musuh Allah dan kecelakaan untuk orang yang membencimu selepasku.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 699, hadis no. 2671.

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: نظر النبي صلى الله عليه وسلم إلى علي فقال: ((يا علي! أنت سيد في الدنيا، سيد في الآخرة، حبيبك حبيبي، وحبيبي حبيب الله، وعدوك عدوي، وعدوي عدو الله، والويل لمن أبغضك بعدي)). [عد، ك، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4894)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Nabi SAW melihat ke arah ‘Ali lalu Baginda bersabda: Wahai ‘Ali! Kamu adalah tuan di dunia, tuan di akhirat, kekasihmu adalah kekasihku, kekasihku adalah kekasih Allah, musuhmu adalah musuhku, musuhku adalah musuh Allah dan kecelakaan untuk orang yang membencimu selepasku. [Riwayat Ibn ‘Adi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Khatib al-Baghdadi dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4894].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.