Wahai Ali! Kamu adalah ketua di dunia

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! أنت سيد في الدنيا، سيد في الآخرة، حبيبك حبيبي، وحبيبي حبيب الله، وعدوك عدوي، وعدوي عدو الله، فالويل لمن أبغضك بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Kamu adalah ketua di dunia, ketua akhirat. Kekasih kamu adalah kekasih aku dan kekasih aku adalah kekasih Allah. Musuh kamu adalah musuh aku dan musuh aku adalah merupakan musuh Allah. Kecelakaan akan menimpa kepada orang yang membenci kamu selepas kewafatan aku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1943, hadis nombor 9736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: نظر النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إلى علي، فقال: يا عَلِيُّ! أَنْتَ سَيِّدٌ فِي الدُّنْيَا، سَيِّدٌ فِي الآخِرَةِ، حَبِيْبُكَ حَبِيْبِي، وَحَبِيْبِي حَبِيْبُ اللهِ، وَعَدُوُّكَ عَدُوِّي، وَعَدُوِّي عَدُوُّ اللهِ، فَالوَيْلُ لِمَنْ أَبْغَضَكَ بَعْدِي.
[ك، عد، خط، ابن الجوزي في ((العلل))، المزي، ((الضعيفة)) (6082، 4894)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Nabi SAW melihat Ali dan berkata: Wahai Ali! Kamu adalah ketua di dunia, ketua akhirat. Kekasih kamu adalah kekasih aku dan kekasih aku adalah kekasih Allah. Musuh kamu adalah musuh aku dan musuh aku adalah merupakan musuh Allah. Kecelakaan akan menimpa kepada orang yang membenci kamu selepas kewafatan aku.
[Riwayat Imam Hakim, Imam ‘Adi dalam al-Kamil, Imam Khatib dalam al-Tarikh, Imam Ibn Jauzi dan Imam Mizi dalam Tahzib kamal. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6082, 4894]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs