Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali jika tiba hari kiamat, aku akan memegang tali ikatan Allah

Teks Bahasa Arab

حديث: يَا عَلِيُّ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ، أَخَذْتُ بِحُجْزَةِ اللَّهِ، وَأَخَذْتَ أَنْتَ بِحُجْزَتِي، وَأَخَذَ وَلَدُكَ بِحُجْزَتِكَ، وَأَخَذَتْ شِيعَةُ وَلَدِكَ بِحُجُزِهِمْ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Wahai Ali jika tiba hari kiamat, aku akan memegang tali ikatan Allah, engkau akan memegang tali ikatan,anak engkau pula akan memegang tali ikatan kamu dan golongan yang mengikut anak kamu akan memegang tali ikatan mereka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 397, hadis no. 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر: موضوع.

Dia berkata dalam al-Mukhtasar: Palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.