Wahai Ali, hendaklah kamu mengambil garam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا علي عليك بالملح فإنه شفاء من سبعين داء.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Ali, hendaklah kamu mengambil garam, kerana sesungguhnya garam itu penawar daripada 70 penyakit.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 161, hadis nombor 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


هو موضوع.
وروى البيهقي نحوه من قول علي .

Hadith ini palsu.
Al-Baihaqi meriwayatkan seumpamanya dari perkataan Ali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon