Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali, hendaklah kamu mengambil garam

Teks Bahasa Arab

حديث: يا علي عليك بالملح فإنه شفاء من سبعين داء.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Wahai Ali, hendaklah kamu mengambil garam, kerana sesungguhnya garam itu penawar daripada 70 penyakit.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 161, hadis no. 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع. وروى البيهقي نحوه من قول علي .

Hadith ini palsu. Al-Baihaqi meriwayatkan seumpamanya dari perkataan Ali.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.