TEKS BAHASA ARAB
يا علي! أنت أخي وصاحبي، ورفيقي في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai ‘Ali! Engkau saudaraku dan sahabatku, engkau juga temanku di syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1861, hadis nombor 9392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يا علي! أنت أخي وصاحبي، ورفيقي في الجنة)). [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4943)]
(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Wahai ‘Ali! Engkau saudaraku dan sahabatku, engkau juga temanku di syurga." [Riwayat Khatib al-Baghdadi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4943]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.