Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali, engkau ialah saudaraku, sahabatku serta pendampingku di syurga

Teks Bahasa Arab

يا علي! أنت أخي، وصاحبي، ورفيقي في الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ali, engkau ialah saudaraku, sahabatku serta pendampingku di syurga.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1886, hadis no. 9496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((يا علي! أنت أخي، وصاحبي، ورفيقي في الجنة)). [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4943)]

(Palsu) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Wahai Ali, engkau ialah saudaraku, sahabatku serta pendampingku di syurga." [Riwayat al-Khatib Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.4943]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.