Wahai Ali! Engkau dan sahabatmu di syurga

TEKS BAHASA ARAB

يا علي أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة، إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز, يقال لهم: الرافضة، فإن أدركتهم فجاهدهم، فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة، ويطعنون على السلف الأول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Engkau dan sahabatmu di syurga, engkau dan kumpulanmu juga di syurga, kecuali kaum yang mendakwa mencintaimu dan memeluk islam serta melafazkannya, mereka membaca al-Quran namun ia sekadar tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka mempunyai gelaran yang disebut sebagai al-Rafidhah. Jika kamu menemui mereka maka perangilah mereka kerana mereka adalah golongan yang musyrik. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah tanda mereka? Baginda bersabda: Mereka tidak solat Jumaat mahupun solat berjemaah, dan mereka suka mencaci para salaf yang awal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 684, hadis nombor 3521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة -رضي الله عنها- قالت: (( يا علي أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة، إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز, يقال لهم: الرافضة، فإن أدركتهم فجاهدهم، فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة، ويطعنون على السلف الأول)). [طس، خط، ((الضعيفة)) (5590)]

(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA berkata: “Wahai Ali! Engkau dan sahabatmu di syurga, engkau dan kumpulanmu juga di syurga, kecuali kaum yang mendakwa mencintaimu dan memeluk islam serta melafazkannya, mereka membaca al-Quran namun ia sekadar tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka mempunyai gelaran yang disebut sebagai al-Rafidhah. Jika kamu menemui mereka maka perangilah mereka kerana mereka adalah golongan yang musyrik. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah tanda mereka? Baginda bersabda: Mereka tidak solat Jumaat mahupun solat berjemaah, dan mereka suka mencaci para salaf yang awal.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs