Wahai Ali! Engkau dan sahabat-sahabatmu berada di syurga. Engkau dan kelompok engkau berada di syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا علي! أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة؛ إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز يقال لهم: الرافضة، فإن أدركتهم فجاهدهم؛ فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله! ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة، ويطعنون على السلف الأول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Wahai Ali! Engkau dan sahabat-sahabatmu berada di syurga. Engkau dan kelompok engkau berada di syurga. Melainkan yang menyangka mereka mencintaimu, mempertahankan Islam, kemudian menyebut (nama) Nya. Mereka juga membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka memiliki gelaran yang buruk, dikenali kepada mereka: al-Rafidah. Jika engkau bertemu dengan mereka maka perangilah, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang musyrik.” Maka aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah tanda yang ada pada mereka?” Baginda SAW menjawab: “Mereka tidak hadir pada solat jumaat dan tidak bersama jemaah, dan mereka mencaci golongan salaf (generasi) pertama”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 530, hadis nombor 2808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: كانت ليلتي، وكان النبي ﷺ عندي، فأتته فاطمة، فسبقها علي، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: «يا علي! أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة؛ إلا أنه ممن يزعم أنه يحبك أقوام يضفزون الإسلام ثم يلفظونه، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم، لهم نبز يقال لهم: الرافضة، فإن أدركتهم فجاهدهم؛ فإنهم مشركون. فقلت: يا رسول الله! ما العلامة فيهم؟ قال: لا يشهدون جمعة ولا جماعة، ويطعنون على السلف الأول».
[طس، خط، «الضعيفة» (5590)].

(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Sesungguhnya malam ini adalah giliranku dan Nabi SAW bersamaku. Kemudian datanglah Fāṭimah RA bertemu dengan Baginda SAW, maka ‘Ali RA mendahuluinya. Maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “Wahai Ali! Engkau dan sahabat-sahabatmu berada di syurga. Engkau dan kelompok engkau berada di syurga. Melainkan yang menyangka mereka mencintaimu, mempertahankan Islam, kemudian menyebut (nama) Nya. Mereka juga membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka memiliki gelaran yang buruk, dikenali kepada mereka: al-Rafidah. Jika engkau bertemu dengan mereka maka perangilah, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang musyrik.” Maka aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah tanda yang ada pada mereka?” Baginda SAW menjawab: “Mereka tidak hadir pada solat jumaat dan tidak bersama jemaah, dan mereka mencaci golongan salaf (generasi) pertama”.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.