TEKS BAHASA ARAB
يا علي إنك ستقدم على الله أنت وشيعتك راضين مرضيين، ويقدم عليه عدوك غضابا مقمحين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Ali! Engkau akan menemui Allah dalam keadaan kamu dan kumpulan kamu dalam keadaan redha dan diredhai, manakala musuh kamu akan datang menemui Allah dalam keadaan marah dan dalam keadaan terdongak.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1372, hadis nombor 6992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عبد الله بن نجي: إن علياً أتى البصرة بذهب أو فضة، فنكت وقال: ابيضّي واصفرّي، وغرِّي غيري. غري أهل الشام غداً لو ظهروا عليك. فشق قوله ذلك على الناس، فذكر ذلك له، فأذن في الناس، فدخلوا عليه، فقال إن خليلي صلى الله عليه وسلم قال: ((يا عليُّ إنكَ ستقدَمُ على اللَّه أنتَ وشيعتُك راضينَ مَرضيِّين، ويقدَمُ عليه عدوُّك غِضاباً مُقمَحين)). ثم جمع علىّ يديه على عنقه يريهم کیف الإقماح.[طس ((الضعيفة)) (5589)].
(Palsu)
Daripada Abdullah bin Najiy, beliau berkata: Sesungguhnya Ali RA telah datang ke Basrah dengan emas ataupun perak. Lalu beliau bergurau dengan kata-kata: Jadilah kamu putih dan kuning, dan perdayakanlah selainku. Perdayakanlah orang Syam pada esok hari jika mereka muncul dihadapanmu. Maka mereka (warga Syam) merasa sesak dada dengan kata-kata itu, lalu hal itu diberitakan kepada beliau. Lalu beliau memanggil orang ramai dan mereka datang menemuinya. Beliau berkata: Kekasihku SAW pernah bersabda: “Wahai Ali! Engkau akan menemui Allah dalam keadaan kamu dan kumpulan kamu dalam keadaan redha dan diredhai, manakala musuh kamu akan datang menemui Allah dalam keadaan marah dan dalam keadaan terdongak.” Kemudian Ali meletakkan tangannya ke lehernya untuk menunjukkan kepada mereka contoh perbuatan terdongak.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5589]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.