Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali, buatlah dua kasut daripada besi dan gunakanlah keduanya untuk menuntut ilmu

Teks Bahasa Arab

يَا عَلِيُّ اتَّخِذْ لَكَ نَعْلَيْنِ مِنْ حَدِيدٍ وَأَفْنِهِمَا فِي طَلَبِ الْعلم

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ali, buatlah dua kasut daripada besi dan gunakanlah keduanya untuk menuntut ilmu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«يَا عَلِيُّ اتَّخِذْ لَكَ نَعْلَيْنِ مِنْ حَدِيدٍ وَأَفْنِهِمَا فِي طَلَبِ الْعلم» قَالَ ابْن تَيْمِية مَوْضُوع وَهُوَ كَمَا قَالَ فِي الْمُخْتَصر.

“Wahai Ali, buatlah dua kasut daripada besi dan gunakanlah keduanya untuk menuntut ilmu.” Ibnu al-Taimiyyah berkata: Hadis ini adalah palsu. Ia seperti mana yang disebutkan dalam kitab al-Mukhtasar.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.