Palsu. Bukti-bukti Kepalsuannya Begitu Jelas
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عَلِيُّ بن أَبِي طَالِبٍ يَا فَاطِمَةُ ﴿إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجٗا فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا﴾، عَلَى أَنَّهُ يَكُونَ بَعْدِي فِي الْمُؤْمِنِينَ الْجِهَادُ. قَالَ علي: على ما نُجَاهِدُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَقُولُونَ آمَنَّا؟ قَالَ: عَلَى الإِحْدَاثِ فِي الدِّينِ إِذَا مَا عَمِلُوا بِالرَّأْيِ وَلا رَأْيَ فِي الدِّينِ، إِنَّمَا الدِّينُ مِنَ الرَّبِّ أَمْرُهُ وَنَهْيُهُ. قَالَ عَلِيٌّ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَرَضَ لَنَا أَمْرٌ لَمْ يَنْزِلْ فِيهِ قُرْآنٌ وَلَمْ يمضِ فِيهِ سُنَّةٌ مِنْكَ؟" قَالَ: تَجْعَلُونَهُ شُورَى بَيْنَ الْعَابِدِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَلا تَقْضُونَهُ بِرَأْيِ خَاصَّةٍ فَلَوْ كُنْتُ مُسْتَخْلِفًا أَحَدًا لَمْ يَكُنْ أَحَقَّ بِهِ مِنْكَ لقِدَمِكَ فِي الإِسْلامِ، وقَرابَتِكَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وصِهْرِكَ وَعِنْدَكَ سَيِّدَةُ نِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ، وَقَبْلَ ذَلِكَ مَا كَانَ مِنْ بَلاءِ أَبِي طَالِبٍ إِيَّايَ وَنَزَلَ الْقُرْآنُ وَأَنَا حَرِيصٌ عَلَى أَنْ أَرْعَى لَهُ فِي وَلَدِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai ‘Ali bin Abu Talib, wahai Fatimah, {Bantuan Allah dan pembebasan kota Makkah telah tiba, dan kamu melihat manusia memeluk agama Allah berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan menyucikan Allah dan memohon ampun daripada-Nya, sesungguhnya Dia sentiasa menerima taubat}. Selepas ketiadaanku, orang beriman akan berperang lagi. ‘Ali bertanya: Untuk apa kami memerangi orang-orang beriman yang mengucapkan ‘kami beriman’? Baginda menjawab: Mereka akan berperang kerana perkara baharu dalam agama, tatkala mereka mula bertindak mengikut pandangan peribadi, sedangkan tiada pandangan peribadi dalam agama. Agama itu hanyalah daripada Tuhan, suruhan-Nya dan larangan-Nya. ‘Ali berkata: Wahai Rasulullah, apakah pendapat anda jika berlaku sesuatu isu yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah berkenaannya dalam kalangan kami? Baginda bersabda: Jika begitu, bermesyuaratlah sesama para hamba yang beriman, dan jangan membuat keputusan dengan pandangan peribadi. Jika aku mahu melantik pengganti selepasku, maka tiada yang lebih berhak berbanding kamu kerana awalnya kamu memeluk Islam, kamu memiliki pertalian darah dengan Rasulullah SAW, bahkan menjadi menantunya, dan kamu menikahi penghulu sekalian wanita beriman, sementelahan bapamu dahulu banyak hadapi kesukaran keranaku, serta al-Quran diturunkan ketika aku sedang menjaga anak-anaknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu. Bukti-bukti Kepalsuannya Begitu Jelas
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 856 - 857, hadis no. 4382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu. Bukti-bukti kepalsuannya begitu jelas) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika mana Rasulullah SAW pulang dari medan Khaibar, turun surah al-Nasr kepada Baginda. Rasulullah SAW berkata: Wahai ‘Ali bin Abu Talib, wahai Fatimah, {Bantuan Allah dan pembebasan kota Makkah telah tiba, dan kamu melihat manusia memeluk agama Allah berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan menyucikan Allah dan memohon ampun daripada-Nya, sesungguhnya Dia sentiasa menerima taubat}. Selepas ketiadaanku, orang beriman akan berperang lagi. ‘Ali bertanya: Untuk apa kami memerangi orang-orang beriman yang mengucapkan ‘kami beriman’? Baginda menjawab: Mereka akan berperang kerana perkara baharu dalam agama, tatkala mereka mula bertindak mengikut pandangan peribadi, sedangkan tiada pandangan peribadi dalam agama. Agama itu hanyalah daripada Tuhan, suruhan-Nya dan larangan-Nya. ‘Ali berkata: Wahai Rasulullah, apakah pendapat anda jika berlaku sesuatu isu yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah berkenaannya dalam kalangan kami? Baginda bersabda: Jika begitu, bermesyuaratlah sesama para hamba yang beriman, dan jangan membuat keputusan dengan pandangan peribadi. Jika aku mahu melantik pengganti selepasku, maka tiada yang lebih berhak berbanding kamu kerana awalnya kamu memeluk Islam, kamu memiliki pertalian darah dengan Rasulullah SAW, bahkan menjadi menantunya, dan kamu menikahi penghulu sekalian wanita beriman, sementelahan bapamu dahulu banyak hadapi kesukaran keranaku, serta al-Quran diturunkan ketika aku sedang menjaga anak-anaknya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Dhiya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6814].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman