Wahai ‘Ali bin Abu Talib, wahai Fatimah, (Bantuan Allah dan pembebasan kota Makkah telah tiba, dan kamu melihat manusia memeluk agama Allah berbondong-bondong)

TEKS BAHASA ARAB

يا علي بن أبي طالب يا فاطمة {إذا جاء نصر الله والفتح، ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا ، فسبح بحمد ربك واستغفره إنه كان توابا}، على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد. قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون آمنا؟ قال: على الإحداث في الدين إذا ما عملوا بالرأي ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب أمره ونهيه. قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن عرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا لم يكن أحق به منك لقدمك في الإسلام وقرابتك من رسول الله صلى الله عليه وسلم وصهرك وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان من بلاء أبي طالب إياي ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ali bin Abu Talib, wahai Fatimah, {Bantuan Allah dan pembebasan kota Makkah telah tiba, dan kamu melihat manusia memeluk agama Allah berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan menyucikan Allah dan memohon ampun daripada-Nya, sesungguhnya Dia sentiasa menerima taubat}. Selepas ketiadaanku, orang beriman akan berperang lagi. ‘Ali bertanya: Untuk apa kami memerangi orang-orang beriman yang mengucapkan ‘kami beriman’? Baginda menjawab: Mereka akan berperang kerana perkara baharu dalam agama, tatkala mereka mula bertindak mengikut pandangan peribadi, sedangkan tiada pandangan peribadi dalam agama. Agama itu hanyalah daripada Tuhan, suruhan-Nya dan larangan-Nya. ‘Ali berkata: Wahai Rasulullah, apakah pendapat anda jika berlaku sesuatu isu yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah berkenaannya dalam kalangan kami? Baginda bersabda: Jika begitu, bermesyuaratlah sesama para hamba yang beriman, dan jangan membuat keputusan dengan pandangan peribadi. Jika aku mahu melantik pengganti selepasku, maka tiada yang lebih berhak berbanding kamu kerana awalnya kamu memeluk Islam, kamu memiliki pertalian darah dengan Rasulullah SAW, bahkan menjadi menantunya, dan kamu menikahi penghulu sekalian wanita beriman, sementelahan bapamu dahulu banyak hadapi kesukaran keranaku, serta al-Quran diturunkan ketika aku sedang menjaga anak-anaknya.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 856 – 857, hadis nombor 4382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع، آثار الوضع عليه لائحة) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: لما أقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم من غزوة خيبر، نزل عليه: {إذا جاء نصر الله والفتح} إلى آخر القصة قال رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم-: ((يا علي بن أبي طالب! يا فاطمة! {جاء نصر الله والفتح، ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا، فسبح بحمد ربك واستغفره، إنه كان توابا}، على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد)). قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون آمنا؟ قال: ((على الإحداث في الدين إذا ما عملوا بالرأي ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب أمره ونهيه)). قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن عرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: ((تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا لم يكن أحق به منك لقدمك في الإسلام، وقرابتك من رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، وصهرك وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان من بلاء أبي طالب، إياي ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده)). [طب، الضياء، ((الضعيفة)) (6814)].

(Palsu. Bukti-bukti kepalsuannya begitu jelas)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika mana Rasulullah SAW pulang dari medan Khaibar, turun surah al-Nasr kepada Baginda. Rasulullah SAW berkata: Wahai ‘Ali bin Abu Talib, wahai Fatimah, {Bantuan Allah dan pembebasan kota Makkah telah tiba, dan kamu melihat manusia memeluk agama Allah berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan menyucikan Allah dan memohon ampun daripada-Nya, sesungguhnya Dia sentiasa menerima taubat}. Selepas ketiadaanku, orang beriman akan berperang lagi. ‘Ali bertanya: Untuk apa kami memerangi orang-orang beriman yang mengucapkan ‘kami beriman’? Baginda menjawab: Mereka akan berperang kerana perkara baharu dalam agama, tatkala mereka mula bertindak mengikut pandangan peribadi, sedangkan tiada pandangan peribadi dalam agama. Agama itu hanyalah daripada Tuhan, suruhan-Nya dan larangan-Nya. ‘Ali berkata: Wahai Rasulullah, apakah pendapat anda jika berlaku sesuatu isu yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah berkenaannya dalam kalangan kami? Baginda bersabda: Jika begitu, bermesyuaratlah sesama para hamba yang beriman, dan jangan membuat keputusan dengan pandangan peribadi. Jika aku mahu melantik pengganti selepasku, maka tiada yang lebih berhak berbanding kamu kerana awalnya kamu memeluk Islam, kamu memiliki pertalian darah dengan Rasulullah SAW, bahkan menjadi menantunya, dan kamu menikahi penghulu sekalian wanita beriman, sementelahan bapamu dahulu banyak hadapi kesukaran keranaku, serta al-Quran diturunkan ketika aku sedang menjaga anak-anaknya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Dhiya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6814].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs