Batil

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali! Beruntunglah bagi mereka yang mencintaimu dan membenarkanmu

Teks Bahasa Arab

يا عليُّ طوبى لمن أحبَّكَ وصدقَ فيكَ وويلٌ لمن أبغضَكَ وَكَذَّبَ فيكَ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ali! Beruntunglah bagi mereka yang mencintaimu dan membenarkanmu. Celakalah bagi mereka yang membencimu dan mendustakanmu.

Sahabat Perawi

  1. Ammar bin Yasir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1887, hadis no. 9502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عمار بن ياسر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((يا علي! طوبى لمن أحبك وصدق فيك. وويل لمن أبغضك وكذب فيك)). [عد، ع، ك، خط، السلفي في ((الطيوريات))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4895)]

(Batil) Daripada Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Wahai Ali! Beruntunglah bagi mereka yang mencintaimu dan membenarkanmu. Celakalah bagi mereka yang membencimu dan mendustakanmu." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, Abu Ya‘la, al-Ḥakim, al-Khaṭib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Silafi dalam al-Tuyuuriyat dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4895]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.