Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali! Barangsiapa yang meninggalkanku maka sesungguhnya dia telah meninggalkan Allah

Teks Bahasa Arab

يا عَلِيُّ! من فارقني فقد فارق اللهَ. ومن فارقك يا عَلِيُّ ! فقد فارقني.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ali! Barangsiapa yang meninggalkanku maka sesungguhnya dia telah meninggalkan Allah. Barangsiapa yang meninggalkanmu wahai Ali, sesungguhnya dia telah meninggalkanku.

Sahabat Perawi

  1. Abu Dzar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1887, hadis no. 9504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي ذر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((يا علي! من فارقني فقد فارق الله. ومن فارقك يا علي! فقد فارقني)). [ك، البزار، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4893)]

(Munkar) Daripada oleh Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Wahai Ali! Barangsiapa yang meninggalkanku maka sesungguhnya dia telah meninggalkan Allah. Barangsiapa yang meninggalkanmu (Ali RA) sesungguhnya dia telah meninggalkanku." [Riwayat al-Ḥakim, al-Bazzar, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4893]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.