TEKS BAHASA ARAB
حديث: يا علي: إذا دخلت العروس بيتك فاخلع نعليها حين تجلس واغسل رجليها وصب الماء من باب دارك _ إلخ
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Wahai Ali, apabila masuknya isteri ke rumahmu, tanggalkanlah dua seliparnya ketika duduk, basuhlah kedua kakinya dan simbahlah air bermula daripada pintu rumahmu…. hingga akhir hadith.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 126, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن أبي سعيد مرفوعا وذكر حديثا طويلا في نحو ورقتين وهو موضوع وآفته من عبد الله بن وهب [النسوي] .
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Abu Said secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan beliau menyebutkan hadith yang panjang lebih kurang dua keping kertas, sedangkan hadith ini palsu, dan kecacatannya ialah perawi Abdullah bin Wahb al-Nasawi.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.