Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali, apabila masuknya isteri ke rumahmu, tanggalkanlah dua seliparnya ketika duduk

Teks Bahasa Arab

حديث: يا علي: إذا دخلت العروس بيتك فاخلع نعليها حين تجلس واغسل رجليها وصب الماء من باب دارك _ إلخ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Wahai Ali, apabila masuknya isteri ke rumahmu, tanggalkanlah dua seliparnya ketika duduk, basuhlah kedua kakinya dan simbahlah air bermula daripada pintu rumahmu…. hingga akhir hadith

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 126, hadis no. 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أبي سعيد مرفوعا وذكر حديثا طويلا في نحو ورقتين وهو موضوع وآفته من عبد الله بن وهب [النسوي] .

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Abu Said secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan beliau menyebutkan hadith yang panjang lebih kurang dua keping kertas, sedangkan hadith ini palsu, dan kecacatannya ialah perawi Abdullah bin Wahb al-Nasawi.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.