Wahai 'Ali, apabila kamu mempersiapkan bekal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا علي إذا تزودت، فلا تنسى البصل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai ‘Ali! Apabila kamu mempersiapkan bekal, maka kamu jangan lupakan bawang merah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 226, hadis nombor 724. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: وهو كذب بحت.

Al-Sakhawi berkata: Dusta yang jelas.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.