Wahai 'Ali, ambillah sahifah dan dakwat

TEKS BAHASA ARAB

يا علي ادع بصحيفة ودواة، فأملى رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكتب علي، وشهد جبريل، ثم طويت الصحيفة. قال الراوي: فمن حدثكم أنه يعلم ما في الصحيفة إلا الذي أملاها وكتبها وشهدها فلا تصدقوه، وهذا في المرض الذي توفي فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali, ambillah sahifah (kertas) dan dakwat, lalu Rasulullah SAW mengimlakkan dan Ali RA menulis dan Jibril AS menyaksikan kemudian digulung sahifah. Perawi berkata: Maka sesiapa yang memberitahukan kalian bahawa dia tahu apa yang terdapat dalam sahifah melainkan apa yang telah dibacakan, dituliskan dan disaksikan, maka janganlah kalian membenarkannya. Dan ini adalah ketika Baginda SAW gering yang menyebabkan kewafatannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 214, hadis nombor 410. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الصغاني: في الدر الملتقط، إنه موضوع. وسيأتي أن وصايا علي المصدرة بـــ (يا علي) كلها موضوعة غير قوله: يا علي! أنت مني بمنزلة هارون من موسى، إلا أنه لا نبي بعدي.

Al-Saghani berkata dalam al-Dur al-Multaqit: Sesungguhnya ia palsu. Dan akan datang bahawa wasiat ‘Ali RA yang bermula dengan "Ya ‘Ali", kesemuanya palsu melainkan sabdanya: Ya ‘Ali, Engkau adalah sebahagian daripadaku, seperti Harun AS daripada Musa AS, melainkan tiada nabi lagi selepasku.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.