Wahai ‘Ali, ambillah lembaran kertas dan dakwat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا علي ادع بصحيفة ودواة، فأملى رسول الله صلى الله عليه وسلم وكتب علي وأشهد جبرائيل ثم طويت الصحيفة، قال الراوي: فمن حدثكم أنه يعلم ما في الصحيفة إلا الذي أملاها وكتبها وشهدها فلا تصدقوه، وهذا في المرض الذي توفي فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai ‘Ali, ambillah lembaran kertas dan dakwat. Lalu Baginda mengimlakkan dan Ali menulis serta Jibril menyaksikan. Lembaran itu lalu dilipat. Perawi hadith berkata: Siapa yang memberitahu kamu bahawa dia mengetahui kandungan lembaran itu melainkan orang yang mengimlakkan, menulis dan menyaksikannya, maka jangan percaya ucapannya. Peristiwa ini berlaku apabila Nabi sakit lalu meninggal dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 227, hadis nombor 726. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الصغاني: موضوع.

Al-Saghani berkata: Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs