Wahai Ali, Allah telah mengampunkan kamu, zuriat kamu, ibu bapa kamu, ahli keluarga kamu, pengikut kamu dan pencinta kepada pengikut kamu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا علي، إن الله قد غفر لك ولذريتك ولوالديك وآهلك ولشيعتك ولمحبي شيعتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Ali, Allah telah mengampunkan kamu, zuriat kamu, ibu bapa kamu, ahli keluarga kamu, pengikut kamu dan pencinta kepada pengikut kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 384, hadis nombor 102. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: وضاع.

Pada sanadnya terdapat pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.