Wahai Ali, Allah telah mengahwinkan kamu dengan Fatimah dan menjadikan bumi sebagai maharnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا علي إن الله زوجك فاطمة، وجعل صداقها الأرض. فمن مشى عليها مبغضا لك يمشي حراما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Ali, Allah telah mengahwinkan kamu dengan Fatimah dan menjadikan bumi sebagai maharnya. Maka, sesiapa yang berjalan di atasnya dalam keadaan membencimu nescaya dia telah berjalan dalam keadaan yang haram.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 390, hadis nombor 113. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع.

Ia palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs