TEKS BAHASA ARAB
يا علي! أوصيك بالعرب خيرا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Ali! Aku wasiatkan kepada kamu agar berbuat baik kepada bangsa Arab.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1943, hadis nombor 9737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه قال: أسندتُ النبيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إلى صدري، فقال لي: يَا عَلِيُّ! أُوصِيكَ بِالْعَرَبِ خَيْراً.
[البزار، طب، عد، ((الضعيفة)) (6021)]
(Lemah)
Daripada Ali RA, beliau berkata: Aku menyandarkan Nabi SAW ke dadaku. Lantas Baginda bersabda: Wahai Ali! Aku wasiatkan kepada kamu agar berbuat baik kepada bangsa Arab.
[Riwayat Imam al-Bazzar, Imam al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Imam Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6021]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.