Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali! Aku wasiatkan kepada kamu agar berbuat baik

Teks Bahasa Arab

يَا عَلِيُّ! أُوصِيكَ بِالْعَرَبِ خَيْراً.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ali! Aku wasiatkan kepada kamu agar berbuat baik kepada bangsa Arab.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1943, hadis no. 9737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه قال: أسندتُ النبيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إلى صدري، فقال لي: يَا عَلِيُّ! أُوصِيكَ بِالْعَرَبِ خَيْراً. [البزار، طب، عد، ((الضعيفة)) (6021)]

(Lemah) Daripada Ali RA, beliau berkata: Aku menyandarkan Nabi SAW ke dadaku. Lantas Baginda bersabda: Wahai Ali! Aku wasiatkan kepada kamu agar berbuat baik kepada bangsa Arab. [Riwayat Imam al-Bazzar, Imam al-Tabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Imam Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6021]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.