Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Ali! Aku telah melebihimu dalam aspek kenabian

Teks Bahasa Arab

يا عليُّ ! أخصمُك بالنبوةِ، ولا نبوةَ بعدي، وتخصم الناسَ بسبعٍ ولا يحاجُّك فيها أحدٌ من قريشٍ: أنت أولهم إيمانًا بالله، وأوفاهم بعهدِ الله، وأقومُهم بأمر الله، وأقسمُهم بالسويَّة، وأعدلُهم في الرعيةِ، وأبصرُهم بالقضيةِ، وأعظمُهم عند الله مزيَّةً.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ali! Aku telah melebihimu dalam aspek kenabian. Tiada lagi kenabian setelah aku. Engkau pula mengatasi manusia yang lain dalam tujuh perkara dan tiada seorang pun dari Quraisy yang akan mempersoalkanmu dalam hal tersebut: Engkau orang pertama dalam kalangan mereka yang beriman kepada Allah, paling memenuhi janji Allah, paling lurus dalam menunaikan perintah Allah, paling saksama dalam pengagihan, paling adil dalam urusan rakyat, paling celik dalam kehakiman dan paling hebat kualitinya di sisi Allah dalam kalangan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1885, hadis no. 9495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(موضوع) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه -، قال: قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((يا علي! أخصمك بالنبوة، ولا نبوة بعدي، وتخصم الناس بسبع ولا يحاجك فيها أحد من قريش: أنت أولهم إيمانا بالله، وأوفاهم بعهد الله، وأقومهم بأمر الله، وأقسمهم بالسوية، وأعدلهم في الرعية، وأبصرهم بالقضية، وأعظمهم عند الله مزية)). [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4912)]

(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Ali! Aku telah melebihimu dalam aspek kenabian. Tiada lagi kenabian setelah aku. Engkau pula mengatasi manusia yang lain dalam tujuh perkara dan tiada seorang pun dari Quraisy yang akan mempersoalkanmu dalam hal tersebut: Engkau orang pertama dalam kalangan mereka yang beriman kepada Allah, paling memenuhi janji Allah, paling lurus dalam menunaikan perintah Allah, paling saksama dalam pengagihan, paling adil dalam urusan rakyat, paling celik dalam kehakiman dan paling hebat kualitinya di sisi Allah dalam kalangan mereka." [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Ḥilyah dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4912]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.