Wahai Ali! Aku mengambil untukmu sepasang selipar daripada besi

TEKS BAHASA ARAB

يا علي اتخذ لك نعلين من حديد، وأفنهما في طلب العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Aku mengambil untukmu sepasang selipar daripada besi dan aku gunakannya untuk menuntut ilmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 213, hadis nombor 409. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: إنه موضوع وفي الذيل هو كما قال.

Ibn Taimiyah berkata: Sesungguhnya ia palsu. Dan ia seperti dikatakan kitab al-Zayl.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.