Wahai Ali, aku mendahului kamu dengan pangkat kenabian dan tiada lagi Nabi selepasku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا علي، أخصمك بالنبوة، ولا نبوة بعدي، وتخصم الناس بسبع: لا يحاجك فيها أحد من قريش، أولهم إيمانا بالله، وأوفاهم بعهد الله، وأقومهم بأمر الله، وأقسمهم بالسوية، وأعدلهم في الرعية، وأبصرهم في القضية، وأعظمهم عند الله مزية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Ali, aku mendahului kamu dengan kenabian dan tiada lagi Nabiselepasku. Engkau mendahului manusia dengan tujuh perkara yang mana bangsa Quraisy tidak akan membantah kamu tentang perkara tersebut: Kamu orang yang paling awal beriman dengan Allah, kamu orang yang paling mengotakan janji dengan Allah, kamu orang yang paling menunaikan perintah Allah, kamu yang paling saksama pada kesamarataan, kamu yang paling adil dengan rakyat, kamu yang paling celik dengan isu yang berlaku dan kamu yang paling istimewa di sisi Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 344, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو نعيم عن معاذ مرفوعا، وهو موضوع . آفته: بشر بن إبراهيم الأنصاري. وقد رواه أبو نعيم عن أبي سعيد مرفوعا.

Diriwayatkan oleh Abu Nuaim daripada Muaz secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Penyakit (masalah bagi hadith ini) adalah daripada Bisyr bin Ibrahim al-Ansari. Diriwayatkan juga oleh Abu Nuaim daripada Abu Said secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs