Wahai Ali! Aku berikan kepada kamu wasiat ini, ilmu orang-orang awal dan orang-orang kemudian

TEKS BAHASA ARAB

يا علي أعطيتك في هذه الوصية علم الأولين والآخرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Aku berikan kepada kamu wasiat ini ilmu orang-orang awal dan orang-orang kemudian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 234-237, hadis nombor 436. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: (وصايا علي) كلها موضوعة, سوى الحديث الأول وهو: أنت مني بمنزلة هارون من موسى غير أنه لا نبي بعدي. قال الصغاني: ومنها (وصايا علي) كلها, التي التي أولها: يا علي لفلان ثلاث علامات…, وفي آخرها, النهي عن المجامعة في أوقات مخصوصة، كلها موضوعة. وآخر هذه الوصايا: يا علي أعطيتك في هذه الوصية علم الأولين والآخرين. وضعها حماد بن عمرو النصيبي. وقال السيوطي في اللآلىء: وكذا (وصايا علي) موضوعة، اتهم بها حماد بن عمرو. وكذا وصاياه التي وضعها عبد الله بن زياد بن سمعان. أو شيخه.

Dan antaranya kitab Wasiat ‘Ali, kesemuanya palsu melainkan hadis pertama iaitu: Engkau dariku seperti tempat Harun dari Musa, melainkan bahawasanya tiada Nabi selepasku. Al-Saghani berkata: Dan satu daripadanya Wasiat Ali semuanya yang bermula dengan: "Wahai Ali! bagi si fulan tiga petanda", dan pada penghujungnya terdapat larangan berjimak pada waktu tertentu, semuanya palsu. Dan di akhir wasiat ini: "Wahai Ali! Aku berikan kepada kamu wasiat ini ilmu orang-orang awal dan orang-orang kemudian". Ia direka oleh Hammad bin ‘Amru al-Nasibi. Al-Suyuti berkata dalam al-La’ali’: Dan begitu juga wasiat Ali, palsu. Ia direka oleh Hammad bin ‘Amru dan begitu juga wasiat-wasiatnya yang direka oleh ‘Abdullah bin Ziyad bin Sam’an atau gurunya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs