Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عليُّ أعطيتُك في هذه الوصيةِ عِلْمَ الأولينَ والآخرِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ali! Aku berikan kepada kamu wasiat ini ilmu orang-orang awal dan orang-orang kemudian.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 234-237, hadis no. 436. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dan antaranya kitab Wasiat ‘Ali, kesemuanya palsu melainkan hadis pertama iaitu: Engkau dariku seperti tempat Harun dari Musa, melainkan bahawasanya tiada Nabi selepasku. Al-Saghani berkata: Dan satu daripadanya Wasiat Ali semuanya yang bermula dengan: "Wahai Ali! bagi si fulan tiga petanda", dan pada penghujungnya terdapat larangan berjimak pada waktu tertentu, semuanya palsu. Dan di akhir wasiat ini: "Wahai Ali! Aku berikan kepada kamu wasiat ini ilmu orang-orang awal dan orang-orang kemudian". Ia direka oleh Hammad bin ‘Amru al-Nasibi. Al-Suyuti berkata dalam al-La’ali’: Dan begitu juga wasiat Ali, palsu. Ia direka oleh Hammad bin ‘Amru dan begitu juga wasiat-wasiatnya yang direka oleh 'Abdullah bin Ziyad bin Sam’an atau gurunya.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman