Wahai al-Miqdad, adakah kamu telah membunuh seorang lelaki yang berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah

TEKS BAHASA ARAB

يا مقداد أقتلت رجلاً يقول: لا إله إلا الله فكيف لك بلا إله إلا الله غداً؟ فأنزل الله (يا أيها الذين آمنوا إذا ضربتم في سبيل الله فتبينوا ولا تقولوا لمن ألقى إليكم السلام لست مؤمناً تبتغون عرض الحياة الدنيا فعند الله مغانم كثيرة كذلك كنتم من قبل فمن الله عليكم فتبينوا).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai al-Miqdad, adakah kamu telah membunuh seorang lelaki yang berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah? Bagaimana dengan kalimah tiada Tuhan melainkan Allah bagimu pada esok hari? Maka Allah menurunkan ayat: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah (carilah keterangan) dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu, Kamu bukan orang yang beriman (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan dunia, padahal di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah memberikan nikmat-Nya kepadamu, maka telitilah." [Al-Nisa': 94].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003-1004, hadis nombor 5171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: بعث رسول الله -ﷺ سرية فيها المقداد بن الأسود فلما أتوا القوم وجدوهم قد تفرقوا وبقي رجل له مال كثير لم يبرح فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وأهوى إليه المقداد فقتله فقال له رجل من أصحابه: أقتلت رجلا شهد أن لا إله إلا الله؟ والله لأذكرن ذلك للنبي ﷺ فلما قدموا على رسول الله ﷺ قالوا: يا رسول الله إن رجلا شهد أن لا إله إلا الله فقتله المقداد فقال: ادعوا لي المقداد، يا مقداد أقتلت رجلا يقول: لا إله إلا الله، فكيف لك بلا إله إلا الله غدا؟ فأنزل الله: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنُوا وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَى إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَعِنْدَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ كَذَلِكَ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوا. [بحشل في تاريخ واسط، البزار، الضعيفة (4109)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW mengutuskan satu pasukan dan al-Miqdad bin al-Aswad berada dalam pasukan tersebut. Apabila mereka tiba di kawasan satu kaum, mereka mendapati kaum tersebut telah berpecah. Tinggal seorang lelaki yang mempunyai harta yang banyak dan dia tidak pergi. Lalu dia mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Al-Miqdad menuju kepadanya lalu membunuhnya. Lalu seorang sahabatnya berkata kepadanya: Adakah kamu telah membunuh seorang lelaki yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah? Demi Allah aku pasti akan beritahu perkara itu kepada Nabi SAW. Ketika mana mereka sampai kepada Rasulullah SAW, mereka berkata: Wahai Rasulullah, seorang lelaki telah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kemudian al-Miqdad membunuhnya. Baginda bersabda: Panggil al-Miqdad untukku. Wahai Miqdad, adakah kamu telah membunuh seorang lelaki yang berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah? Bagaimana dengan kalimah tiada Tuhan melainkan Allah bagimu pada esok hari? Maka Allah menurunkan ayat: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah (carilah keterangan) dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu, Kamu bukan orang yang beriman (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan dunia, padahal di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah memberikan nikmat-Nya kepadamu, maka telitilah." [Al-Nisa': 94]. [Riwayat Bahshal dalam Tarikh Wasit, dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4109].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.