Wahai al-Miqdad! Adakah benar kamu telah membunuh lelaki yang telah mengucapkan tiada Tuhan melainkan Allah

TEKS BAHASA ARAB

يا مقداد! أقتلت رجلاً يقول: لا إله إلا الله، فكيف لك بلا إله إلا الله غداً؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai al-Miqdad! Adakah benar kamu telah membunuh lelaki yang telah mengucapkan tiada Tuhan melainkan Allah dan bagaimana bagimu dengan ucapan tiada Tuhan melainkan Allah nanti?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1488, hadis nombor 7591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس قال: بعث رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سرية فيها المقداد بن الأسود، فلما أتوا القوم وجدوهم قد تفرقوا، وبقي رجل له مال كثير لم يبرح، فقال: أشهد أن لا إله إلا الله، وأهوى إليه المقداد فقتله، فقال له رجل من أصحابه: أقتلت رجلاً شهد أن لا إله إلا الله؟! والله! لأذكرن ذلك للنبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما قدموا على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قالوا: يا رسول الله! إن رجلاً شهد أن لا إله إلا الله فقتله المقداد! فقال: “ادعوا لي المقداد، يا مقداد! أقتلت رجلاً يقول: لا إله إلا الله، فكيف لك بلا إله إلا الله غداً؟ فأنزل الله يا أيها الذين آمنوا إذا ضربتم في سبيل الله فتبينوا ولا تقولوا لمن ألقى إليكم السلام لست مؤمناً تبتغون عرض الحياة الدنيا فعند الله مغانم كثيرة كذلك كنتم من قبل فمن الله عليكم فتبينوا”. [البحشل في ((تاريخ وسط))، ((الضعيفة)) (1607، 4081)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW telah mengutuskan utusan perang termasuk al-Miqdad bin al-Aswad. Apabila mereka mendatangi satu kaum, mereka mendapati mereka dalam keadaan berpecah-pecah dan tinggallah seorang lelaki daripada kaum tersebut dan dia mempunyai harta yang banyak tetapi tidak habis-habis. Lelaki tersebut berkata: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah. Lalu al-Miqdad mendatanginya dan membunuhnya. Maka berkata seorang lelaki daripada para sahabatnya (al-Miqdad): Adakah kamu telah membunuh lelaki yang mengucapkan tiada Tuhan melainkan Allah? Demi Allah! Aku memberitahunya kepada Nabi SAW apabila mereka datang kepada Baginda SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya seorang lelaki telah mengucapkan tiada Tuhan melainkan Allah tetapi dia telah dibunuh oleh al-Miqdad. Maka Nabi SAW berkata: Panggil al-Miqdad kepadaku! Wahai al-Miqdad! Adakah benar kamu telah membunuh lelaki yang telah mengucapkan tiada Tuhan melainkan Allah dan bagaimana bagimu dengan ucapan tiada Tuhan melainkan Allah nanti? Lalu Allah menurunkan ayat (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): Engkau bukan orang yang beriman” (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru).” [al-Nisa: 94] [Riwayat Bahshal dan al-Tabarani dalam al-Tarikh al-Wasit. Lihat Silsilah al-Daifah 4109]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs