Wahai Aktham! Berperanglah bersama pasukan selain kaum kamu

TEKS BAHASA ARAB

يا أكثم! اغز مع غير قومك يحسن خلقك. يا أكثم! خير الرّفقاء أربعة وخير السّرايا أربعمائة وخير الجيوش أربعة آلاف ولن يغلب اثنا عشر ألفا من قلّة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Aktham! Berperanglah bersama pasukan selain kaum kamu,. Ia lebih membantu untuk memperelokkan pekertimu, dan membuatkan engkau lebih memuliakan rakanmu. Wahai Aktham, sebaik-baik jumlah peneman itu adalah sebanyak 4 orang, sebaik-baik jumlah pasukan berkuda yang diutuskan ialah sebanyak 400 orang, sebaik-baik jumlah pasukan tentera ialah 4,000 orang. Manakala, pasukan tentera yang berjumlah 12,000 orang sama sekali tidak akan kalah atas dasar kekurangan tentera.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1025, hadis nombor 5264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس رضي الله عنه أن رسول الله قال: لأكثم ابن الجون الخزاعي: يا أكثم! اغز مع غير قومك يحسن خلقك. يا أكثم! خير الرّفقاء أربعة، وخير السّرايا أربعمائة وخير الجيوش أربعة آلاف ولن يغلب اثنا عشر ألفا من قلّة. [ه، ابن أبي حاتم في العلل، ابن الجوزي في العلل المتناهية، القضاعي، ابن عساكر، الضعيفة (٦١٨٠)]

(Batil) Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Aktham bin al-Jawn al-Khuza’i: Wahai Aktham! Berperanglah bersama pasukan selain kaum kamu. Ia lebih membantu untuk memperelokkan pekertimu, dan membuatkan engkau lebih memuliakan rakanmu. Wahai Aktham, sebaik-baik jumlah peneman itu adalah sebanyak 4 orang, sebaik-baik jumlah pasukan berkuda yang diutuskan ialah sebanyak 400 orang, sebaik-baik jumlah pasukan tentera ialah 4,000 orang. Manakala, pasukan tentera yang berjumlah 12,000 orang sama sekali tidak akan kalah atas dasar kekurangan tentera. [Riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, Ibn Abi Hatim di dalam al-‘Ilal, Ibn al-Jawzi di dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah, al-Quda’i, Ibn ‘Asakir di dalam al-Sunan, al-Da’ifah (6180)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.