Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أكثمُ ! اغزُ مع غيرِ قومِك يَحْسُنُ خُلُقُك وتكرَّمْ على رفقائِك. يا أكثمُ ! خيرُ الرفقاءِ أربعةٌ وخيرُ السرايا أربعمائةٍ وخيرُ الجيوشِ أربعةُ آلافٍ ولن يُغْلَبَ اثنا عشرَ ألفًا من قِلَّةٍ
Teks Bahasa Melayu
Wahai Aktham! Berperanglah bersama pasukan selain kaum kamu,. Ia lebih membantu untuk memperelokkan pekertimu, dan membuatkan engkau lebih memuliakan rakanmu. Wahai Aktham, sebaik-baik jumlah peneman itu adalah sebanyak 4 orang, sebaik-baik jumlah pasukan berkuda yang diutuskan ialah sebanyak 400 orang, sebaik-baik jumlah pasukan tentera ialah 4,000 orang. Manakala, pasukan tentera yang berjumlah 12,000 orang sama sekali tidak akan kalah atas dasar kekurangan tentera.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1025, hadis no. 5264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أنس رضي الله عنه أن رسول الله قال: لأكثم ابن الجون الخزاعي: يا أكثم! اغز مع غير قومك يحسن خلقك. يا أكثم! خير الرّفقاء أربعة، وخير السّرايا أربعمائة وخير الجيوش أربعة آلاف ولن يغلب اثنا عشر ألفا من قلّة. [ه، ابن أبي حاتم في العلل، ابن الجوزي في العلل المتناهية، القضاعي، ابن عساكر، الضعيفة (٦١٨٠)]
(Batil) Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Aktham bin al-Jawn al-Khuza’i: Wahai Aktham! Berperanglah bersama pasukan selain kaum kamu. Ia lebih membantu untuk memperelokkan pekertimu, dan membuatkan engkau lebih memuliakan rakanmu. Wahai Aktham, sebaik-baik jumlah peneman itu adalah sebanyak 4 orang, sebaik-baik jumlah pasukan berkuda yang diutuskan ialah sebanyak 400 orang, sebaik-baik jumlah pasukan tentera ialah 4,000 orang. Manakala, pasukan tentera yang berjumlah 12,000 orang sama sekali tidak akan kalah atas dasar kekurangan tentera. [Riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, Ibn Abi Hatim di dalam al-‘Ilal, Ibn al-Jawzi di dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah, al-Quda’i, Ibn ‘Asakir di dalam al-Sunan, al-Da’ifah (6180)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman