Batil

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Aktham! Berperanglah bersama kaum selain kaum kamu

Teks Bahasa Arab

يا أكثمُ! اغزُ مع غيرِ قومِك؛ يَحْسُنُ خُلُقُك، وتكرَّمْ على رفقائِك. يا أكثمُ! خيرُ الرفقاءِ أربعةٌ، وخيرُ السرايا أربع مائةٍ، وخيرُ الجيوشِ أربعةُ آلافٍ، ولن يُغْلَبَ اثنا عشرَ ألفًا من قِلَّةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Aktham! Berperanglah bersama kaum selain kaum kamu. Maka akhlak kamu akan elok dan kamu akan menjadi mulia berbanding sahabat kamu. Wahai Aktham! Teman yang paling baik adalah empat orang, kumpulan gempur yang paling baik adalah 400 orang, sebaik-baik tentera adalah 4 000 orang dan 12 000 tidak akan dikalahkan kerana sedikit (jumlahnya).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1941, hadis no. 9730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال لأكثم بن الجون الخزاعي: يَا أَكْثَمُ! اغْزُ مَعَ غَيْرِ قَوْمِكَ؛ يَحْسُنْ خُلُقُكَ، وَتَكْرُمْ عَلَى رُفَقَائِكَ. يَا أَكْثَمُ! خَيْرُ الرُّفَقَاءِ أَرْبَعَةٌ، وَخَيْرُ السَّرَايَا أَرْبَعُ مِائَةٍ، وَخَيْرُ الْجُيُوشِ أَرْبَعَةُ آلَافٍ، وَلَنْ يُغْلَبَ اثْنَا عَشَرَ أَلْفاً مِنْ قِلَّةٍ. [هـ، ابن حاتم في ((العلل))، ابن الجوزي في ((العلل)) القضاعي، ابن عساكر، ((الضعفية)) (6180)]

(Batil) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Aktham Bin al-Jaun al-Khuza‘i: Wahai Aktham! Berperanglah bersama kaum selain kaum kamu. Maka akhlak kamu akan elok dan kamu akan menjadi mulia berbanding sahabat kamu. Wahai Aktham! Teman yang paling baik adalah empat orang, kumpulan gempur yang paling baik adalah 400 orang, sebaik-baik tentera adalah 4 000 orang dan 12 000 tidak akan dikalahkan kerana sedikit (jumlahnya). [Riwayat Ibn Majah (2827), Ibn Hatim dalam I‘lal, Ibn Jauzi dalam I‘lal, dan al-Quda‘i dalam musnad al-Syihab dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6180]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.