TEKS BAHASA ARAB
يا عكاف! هل لك من زوجة؟ قال: لا. قال: ولا جارية؟ قال: ولا جارية؟ . قال: وأنت موسر بخير؟ قال: وأنا موسر بخير. قال: أنت إذا من إخوان الشياطين، ولو كنت في النصارى؛ كنت من رهبانهم، إن سنتنا النكاح، شراركم عزابكم، وأراذل موتاكم عزابكم، أبالشيطان تمرسون؟! ما للشيطان من سلاح أبلغ في الصالحين من النساء إلا المتزوجين، أولئك المطهرون المبرءون من الخنا. ويحك يا عكاف! إنهن صواحب أيوب وداود ويوسف وصواحب كرسف. فقال له بشر بن عطية: ومن كرسف يا رسول الله؟ ! قال: رجل كان يعبد الله بساحل من سواحل البحر ثلاث مائة عام، يصوم النهار، ويقوم الليل، ثم إنه كفر بالله العظيم في سبب امرأة عشقها، وترك ما كان عليه من عبادة الله عز وجل، ثم استدركه الله ببعض ما كان منه؛ فتاب عليه. ويحك يا عكاف! تزوج، وإلا فأنت من المذبذبين. قال: زوجني يا رسول الله! قال قد زوجتك كريمة بنت كلثوم الحميري.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai ‘Akkaf, adakah kamu telah beristeri? Jawabnya: Tidak. Baginda bersabda lagi: Walaupun hamba perempuan? Jawabnya: Tidak, walaupun hamba perempuan. Baginda bersabda lagi: Dan kamu mempunyai kemampuan untuk melakukan kebaikan?. Jawabnya: Ya, aku mempunyai kemampuan untuk melakukan kebaikan. Baginda SAW bersabda: Maka kamu tergolong daripada saudara syaitan. Sekiranya kamu ini berada dalam agama Nasrani, nescaya kamu ialah salah seorang daripada pendeta mereka. Sesungguhnya sunnah kami ialah pernikahan. Seburuk-buruk orang di kalangan kalian ialah yang membujang. Seburuk-buruk kematian antara kalian ialah yang membujang. Adakah kamu mahu berjinak-jinak dengan syaitan? Tiada senjata yang lebih ampuh buat syaitan terhadap orang yang soleh kecuali wanita, melainkan dia sudah berkahwin. Merekalah orang-orang yang bersih dan melepaskan diri mereka daripada perkara-perkara yang keji. Celakalah kamu wahai ‘Akkaf. Mereka itu seperti sahabat Ayyub, Dawud dan Yusuf serta sahabat Kursuf.
Maka Bishr bin ‘Atiyyah bertanya: Siapakah Kursuf wahai Rasulullah? Jawab baginda: Iaitu seorang lelaki yang beribadat kepada Allah di salah satu tepian pantai selama 300 tahun. Dia berpuasa pada siang hari dan menghidupkan malamnya. Kemudian dia telah kufur kepada Allah yang Maha Agung disebabkan seorang wanita yang diinginkannya serta meninggalkan segala ibadah kepada Allah SWT yang telah dilakukan sebelum ini. Kemudian Allah SWT memperbaiki sebahagian daripadanya lalu mengampunkannya. Celakalah kamu wahai ‘Akkaf! Berkahwinlah, kalau tidak kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang keliru. ‘Akkaf berkata: Kahwinkanlah aku wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Aku telah mengahwinkan kamu dengan Karimah binti Kulhum al-Himyariyy.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 959, hadis nombor 4953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي ذر – رضي الله عنه – قال: دخل على رسول الله ﷺ رجل يقال له عكاف بن بشر التميمي، فقال له النبي ﷺ: يا عكاف! هل لك من زوجة؟ قال: لا، قال: ولا جارية؟ قال: ولا جارية؟ قال: وأنت موسر بخير؟ قال: وأنا موسر بخير. قال: أنت إذن من إخوان الشيطان، لو كنت في النصارى، كنت من رهبانهم. إن سنتنا النكاح، شراركم عزابكم، وأراذل موتاكم عزابكم. أبالشيطان تمرّسون؟ ما للشيطان من سلاح أبلغ في الصالحين من النساء إلا المتزوجين. أولئك المطهّرون المبرّؤون من الخنا. ويحك يا عكاف! إنهن صواحب أيوب وداود ويوسف وصواحب كرسف. فقال له بشر بن عطية: ومن كرسف يا رسول الله؟ قال: رجل كان يعبد الله بساحل من سواحل البحر ثلاثمائة عام. يصوم النهار ويقوم الليل، ثم إنه كفر بالله العظيم في سبب امرأة عشقها، وترك ما كان عليه من عبادة الله – عز وجل -، ثم استدرك الله ببعض ما كان منه، فتاب عليه. ويحك يا عكاف! نزوج، وإلا فأنت من المذبذبين. قال: زوجني يا رسول الله! قال: قد زوجتك كريمة بنت كلثوم الحميري.
[عب، حم، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6053)].
(Munkar)
Daripada Abu Zar RA dia berkata: Seorang lelaki yang bernama ‘Akkaf bin Bishr al-Tamimiyy masuk berjumpa Rasulullah SAW. Lalu baginda SAW bersabda kepadanya: Wahai ‘Akkaf, adakah kamu telah beristeri? Jawabnya: Tidak. Baginda bersabda lagi: Walaupun hamba perempuan? Jawabnya: Tidak, walaupun hamba perempuan. Baginda bersabda lagi: Dan kamu mempunyai kemampuan untuk melakukan kebaikan?. Jawabnya: Ya, aku mempunyai kemampuan untuk melakukan kebaikan. Baginda SAW bersabda: Maka kamu tergolong daripada saudara syaitan. Sekiranya kamu ini berada dalam agama Nasrani, nescaya kamu ialah salah seorang daripada pendeta mereka. Sesungguhnya sunnah kami ialah pernikahan. Seburuk-buruk orang di kalangan kalian ialah yang membujang. Seburuk-buruk kematian antara kalian ialah yang membujang. Adakah kamu mahu berjinak-jinak dengan syaitan? Tiada senjata yang lebih ampuh buat syaitan terhadap orang yang soleh kecuali wanita, melainkan dia sudah berkahwin. Merekalah orang-orang yang bersih dan melepaskan diri mereka daripada perkara-perkara yang keji. Celakalah kamu wahai ‘Akkaf. Mereka itu seperti sahabat Ayyub, Dawud dan Yusuf serta sahabat Kursuf.
Maka Bishr bin ‘Atiyyah bertanya: Siapakah Kursuf wahai Rasulullah? Jawab baginda: Iaitu seorang lelaki yang beribadat kepada Allah di salah satu tepian pantai selama 300 tahun. Dia berpuasa pada siang hari dan menghidupkan malamnya. Kemudian dia telah kufur kepada Allah yang Maha Agung disebabkan seorang wanita yang diinginkannya serta meninggalkan segala ibadah kepada Allah SWT yang telah dilakukan sebelum ini. Kemudian Allah SWT memperbaiki sebahagian daripadanya lalu mengampunkannya. Celakalah kamu wahai ‘Akkaf! Berkahwinlah, kalau tidak kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang keliru. ‘Akkaf berkata: Kahwinkanlah aku wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Aku telah mengahwinkan kamu dengan Karimah binti Kulhum al-Himyariyy.
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afaa al-Kabir, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6053].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.