Wahai 'Akkaf! Adakah kamu mempunyai isteri?

TEKS BAHASA ARAB

يا عكاف! هل لك من زوجة؟ قال: لا. قال: ولا جارية؟ قال: ولا جارية. قال: وأنت موسر بخير؟ قال: وأنا موسر بخير. قال: أنت إذا من إخوان الشياطين، لو كنت في النصارى؛ كنت من رهبانهم، إن سنتنا النكاح، شراركم عزابكم، وأراذل موتاكم عزابكم، أبالشيطان تمرسون؟! ما للشيطان من سلاح أبلغ في الصالحين من النساء إلا المتزوجين، أولئك المطهرون المبرؤون من الخنا. ويحك يا عكاف! إنهن صواحب أيوب وداود ويوسف وصواحب كرسف. فقال له بشر بن عطية: ومن كرسف يا رسول الله؟! قال: رجل كان يعبد الله بساحل من سواحل البحر ثلاثمائة عام، يصوم النهار، ويقوم الليل، ثم إنه كفر بالله العظيم في سبب امرأة عشقها، وترك ما كان عليه من عبادة الله عز وجل، ثم استدرك الله ببعض ما كان منه؛ فتاب عليه. ويحك يا عكاف! تزوج، وإلا؛ فأنت من المذبذبين. قال: زوجني يا رسول الله! قال: قد زوجتك كريمة بنت كلثوم الحميري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Akkaf! Adakah kamu mempunyai isteri? Beliau menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Tidak juga hamba perempuan? Beliau menjawab: Tidak juga hamba perempuan. Baginda bertanya lagi: Dan kamu mempunyai kemampuan untuk melakukan kebaikan? Beliau menjawab: Ya, aku mempunyai kemampuan untuk melakukan kebaikan. Baginda pun bersabda: Jika begitu, kamu adalah saudara syaitan. Sekiranya kamu ini berada dalam agama Nasrani, nescaya kamu ialah salah seorang daripada pendeta mereka. Sesungguhnya sunnah kami ialah pernikahan. Seburuk-buruk orang di kalangan kalian ialah yang membujang. Seburuk-buruk kematian antara kalian ialah yang membujang. Adakah dengan godaan syaitan kamu mahu bermain-main? Tiada senjata yang lebih ampuh buat syaitan terhadap orang yang soleh kecuali wanita, melainkan dia sudah berkahwin. Merekalah orang-orang yang bersih dan melepaskan diri mereka daripada perkara-perkara yang keji. Malang kamu wahai ‘Akkaf. Mereka itu seperti perempuan (di zaman) Ayyub, Dawud, Yusuf dan Kursuf. Bishr bin ‘Atiyyah pun bertanya kepada Baginda: Siapakah pula Kursuf, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seorang lelaki yang sentiasa beribadah kepada Allah di persisiran pantai selama 300 tahun, dia selalu berpuasa pada siang hari dan menghidupkan malamnya. Kemudian dia telah kufur kepada Allah yang Maha Agung disebabkan seorang wanita yang diinginkannya serta meninggalkan segala ibadah kepada Allah SWT yang telah dilakukan sebelum ini. Kemudian Allah SWT memperbaiki sebahagian daripadanya lalu mengampunkannya. Malang kamu wahai ‘Akkaf! Berkahwinlah, kalau tidak kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang keliru. ‘Akkaf berkata: Kahwinkanlah aku wahai Rasulullah Baginda bersabda: Aku kahwinkan kamu dengan Karimah bint Kulthum al-Himyariy.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1383, hadis nombor 7033. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي ذر رضي الله عنه، قال: دخل على رسول الله صلى الله عليه وسلم رجل يقال له: عكاف بن بشر التميمي؛ فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: يا عكاف! هل لك من زوجة؟ قال: لا. قال: ولا جارية؟ قال: ولا جارية. قال: وأنت موسر بخير؟ قال: وأنا موسر بخير. قال: أنت إذا من إخوان الشياطين، لو كنت في النصارى؛ كنت من رهبانهم، إن سنتنا النكاح، شراركم عزابكم، وأراذل موتاكم عزابكم، أبالشيطان تمرسون؟! ما للشيطان من سلاح أبلغ في الصالحين من النساء إلا المتزوجين، أولئك المطهرون المبرؤون من الخنا. ويحك يا عكاف! إنهن صواحب أيوب وداود ويوسف وصواحب كرسف. فقال له بشر بن عطية: ومن كرسف يا رسول الله؟! قال: رجل كان يعبد الله بساحل من سواحل البحر ثلاثمائة عام، يصوم النهار، ويقوم الليل، ثم إنه كفر بالله العظيم في سبب امرأة عشقها، وترك ما كان عليه من عبادة الله عز وجل، ثم استدرك الله ببعض ما كان منه؛ فتاب عليه. ويحك يا عكاف! تزوج، وإلا؛ فأنت من المذبذبين. قال: زوجني يا رسول الله! قال: قد زوجتك كريمة بنت كلثوم الحميري.
[عب، حم، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (2511، 6053)]

(Munkar)
Daripada Abi Zar RA, katanya: Seorang lelaki yang bernama ‘Akkaf bin Bishr al-Tamimi pernah masuk menemui Rasulullah SAW, lalu Nabi SAW berkata kepadanya: Wahai ‘Akkaf! Adakah kamu mempunyai isteri? Beliau menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Tidak juga hamba perempuan? Beliau menjawab: Tidak juga hamba perempuan. Baginda bertanya lagi: Dan kamu mempunyai kemampuan untuk melakukan kebaikan? Beliau menjawab: Ya, aku mempunyai kemampuan untuk melakukan kebaikan. Baginda pun bersabda: Jika begitu, kamu adalah saudara syaitan. Sekiranya kamu ini berada dalam agama Nasrani, nescaya kamu ialah salah seorang daripada pendeta mereka. Sesungguhnya sunnah kami ialah pernikahan. Seburuk-buruk orang di kalangan kalian ialah yang membujang. Seburuk-buruk kematian antara kalian ialah yang membujang. Adakah dengan godaan syaitan kamu mahu bermain-main? Tiada senjata yang lebih ampuh buat syaitan terhadap orang yang soleh kecuali wanita, melainkan dia sudah berkahwin. Merekalah orang-orang yang bersih dan melepaskan diri mereka daripada perkara-perkara yang keji. Malang kamu wahai ‘Akkaf. Mereka itu seperti perempuan (di zaman) Ayyub, Dawud, Yusuf dan Kursuf. Bishr bin ‘Atiyyah pun bertanya kepada Baginda: Siapakah pula Kursuf, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seorang lelaki yang sentiasa beribadah kepada Allah di persisiran pantai selama 300 tahun, dia selalu berpuasa pada siang hari dan menghidupkan malamnya. Kemudian dia telah kufur kepada Allah yang Maha Agung disebabkan seorang wanita yang diinginkannya serta meninggalkan segala ibadah kepada Allah SWT yang telah dilakukan sebelum ini. Kemudian Allah SWT memperbaiki sebahagian daripadanya lalu mengampunkannya. Malang kamu wahai ‘Akkaf! Berkahwinlah, kalau tidak kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang keliru. ‘Akkaf berkata: Kahwinkanlah aku wahai Rasulullah Baginda bersabda: Aku kahwinkan kamu dengan Karimah bint Kulthum al-Himyariy.
[Riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2511, 6053]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs