Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Aisyah engkau lebih baik daripada susu yang dicampur dengan kurma

Teks Bahasa Arab

حديث: يَا عَائِشَةُ أَنْتِ أَطْيَبُ مِنَ اللَّبَنِ بِالتَّمْرِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Wahai 'Aisyah engkau lebih baik daripada susu yang dicampurkan dengan kurma.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 399, hadis no. 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي لفظ: أنت أحب إلى من الزبد بالعسل. قيل: لا يصح، وفي إسناده: رجلان ليسا بشيء.

Ada lafaz: Engkau lebih aku sukai daripada mentega dengan madu. Dikatakan: Tidak sahih. Pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.