TEKS BAHASA ARAB
يا عائشة! دعي أخي، فإنه أول الناس إسلاما، وآخر الناس لي عهدا عند الموت، وأول الناس لي لقيا يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Aisyah! Biarkanlah saudaraku, dia adalah orang yang paling awal memeluk Islam. Dia juga adalah orang terakhir yang membuat perjanjian dengan aku ketika mati nanti dan orang pertama yang akan bertemu denganku pada hari kiamat.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1942, hadis nombor 9735. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل)
عن ليلى الغفارية رضي الله عنها قالت: كُنْتُ أَخْرُجُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَغَازِيهِ، فَأُدَاوِي الْجَرْحَى، وَأَقُومُ عَلَى الْمَرْضَى، فَلَمَّا خَرَجَ عَلِيٌّ إِلَى الْبَصْرَةِ، خَرَجْتُ مَعَهُ، فَلَمَّا رَأَيْتُ عَائِشَةَ وَاقِفَةً، دَخَلَنِي شَيْءٌ مِنَ الشَّكِّ، فَأَتَيْتُهَا، فَقُلْتُ: هَلْ سَمِعْتِ مِنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضِيلَةً فِي عَلِيٍّ؟ فَقَالَتْ: نَعَمْ. دَخَلَ عَلِيٌّ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ مَعَ عَائِشَةَ، وَهُوَ عَلَى فُرَيْشٍ، وَعَلَيْهِ جُرْدٌ قَطِيفَةً، فَجَلَسَ بَيْنَهُمَا، فَقَالَتْ لَهُ عَائِشَةُ: أَمَا وَجَدْتَ مَكَاناً هُوَ أَوْسَعُ لَكَ مِنْ هَذَا؟ فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: يَا عَائِشَةُ! دَعِي أَخِي، فَإِنَّهُ أَوَّلُ النَّاسِ إِسْلَاماً، وَآخَرُ النَّاسِ لِي عَهْداً عِنْدَ الْمَوْتٍ، وَأَوَّلُ النَّاسِ لِي لُقْياً يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
[عق، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6433)]
(Batil)
Daripada Laila al-Ghifariah RA, beliau berkata: Aku pernah keluar bersama Rasulullah SAW dalam peperangan-peperangan yang disertai Baginda. Aku bertugas sebagai perawat orang yang cedera dan duduk di samping orang yang sakit. Apabila Ali keluar menuju ke Basrah, aku keluar bersamanya. Apabila aku melihat Aisyah berdiri, ada sesuatu yang membuatkan aku curiga. Lantas aku pergi bertemu Aisyah. Aku berkata: “Adakah kamu pernah mendengar Rasulullah menyebut tentang apa-apa kelebihan Ali?” Aisyah menjawab: “Ya, pernah.” Ali pernah masuk bertemu Rasulullah SAW dan Aisyah berada di sampingnya duduk di atas alas duduk yang kecil. Di atasnya ada kain baldu yang lusuh. Lalu Ali duduk di antara mereka berdua. Aisyah berkata kepada Ali: “Tidakkah kamu melihat ada tempat yang lebih luas daripada tempat ini?” Nabi SAW bersabda: Wahai Aisyah! Biarkanlah saudaraku, dia adalah orang yang paling awal memeluk Islam. Dia juga adalah orang terakhir yang membuat perjanjian dengan aku ketika mati nanti dan orang pertama yang akan bertemu denganku pada hari kiamat.
[Riwayat Imam ‘Uqaili dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6433]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.