Wahai 'Aishah! Tinggalkanlah perbuatan-perbuatan maksiat, kerana sesungguhnya ia adalah hijrah yang terbaik

TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة! اهجري المعاصي؛ فإنها أفضل الهجرة وحافظي على الصلاة؛ فإنها أفضل الجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Aishah! Tinggalkanlah perbuatan-perbuatan maksiat, kerana sesungguhnya ia adalah hijrah yang terbaik. Peliharalah juga solat, kerana sesungguhnya jihad yang terbaik.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 332, hadis nombor 1745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبى هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((يَا عَائِشَةُ! اهْجِرِي الْمَعَاصِي؛ فَإِنَّها أَفْضَلُ الْهِجْرَةِ وَحَافِظِي عَلَى الصَّلَاةِ؛ فَإِنَّهَا أَفْضَلُ الْجِهَادِ)). [عق، ((الضعيفة)) (5673)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai ‘Aishah! Tinggalkanlah perbuatan-perbuatan maksiat, kerana sesungguhnya ia adalah hijrah yang terbaik. Peliharalah juga solat, kerana sesungguhnya jihad yang terbaik.” [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5673].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs