Wahai ‘Ā’ishah, sekiranya perasaan malu itu merupakan seorang lelaki, nescaya ia adalah seorang lelaki yang soleh

TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة لو كان الحياء رجلاً لكان رجلاً صالحاً ولو كان البذاء رجلاً لكان رجل سوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Āishah, sekiranya perasaan malu itu merupakan seorang lelaki, nescaya ia adalah seorang lelaki yang soleh. Sekiranya perkataan yang keji itu merupakan seorang lelaki, nescaya ia adalah seorang lelaki yang jahat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 119, hadis nombor 615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا عائشة لو كان الحياء رجلاً لكان رجلاً صالحاً ولو كان البذاء رجلاً لكان رجل سوء. [ابن أبي الدنيا في مكارم الأخلاق، طص، طس، خط، الضعيفة (5943)]

(Lemah) Daripada ‘Āishah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Wahai ‘Āishah, sekiranya perasaan malu itu merupakan seorang lelaki, nescaya ia adalah seorang lelaki yang soleh. Sekiranya perkataan yang keji itu merupakan seorang lelaki, nescaya ia adalah seorang lelaki yang jahat. [Diriwayatkan oleh Ibn Abī al-Dunyā dalam Makārim al-Akhlāq, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr dan al-Awsaṭ, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5943]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs