Wahai Aishah! Sekiranya kamu mahu menurutiku, maka hendaklah kamu berpada-pada dengan dunia

TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة! إن أردت ‌اللحوق بي، فليكفك من الدنيا كزاد الركب، ولا تستخلقي ثوبا حتى ترقعيه، وإياك ومجالسة الأغنياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Aishah! Sekiranya kamu mahu menurutiku, maka hendaklah kamu berpada-pada dengan dunia umpama bekalan para penunggang, janganlah kamu menukar pakaian koyak sehingga kamu menampalnya terlebih dahulu, dan hindarilah daripada duduk bersama orang-orang kaya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597, hadis nombor 3079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((يا عائشة! إن أردت ‌اللحوق بي، فليكفك من الدنيا كزاد الركب، ولا تستخلقي ثوبا حتى ترقعيه، وإياك ومجالسة الأغنياء)). [ت، ابن سعد، ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ك، عد، البغوي، ((الضعيفة)) (1294)].

(Sangat lemah) Daripada Aishah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Wahai Aishah! Sekiranya kamu mahu menurutiku, maka hendaklah kamu berpada-pada dengan dunia umpama bekalan para penunggang, janganlah kamu menukar pakaian koyak sehingga kamu menampalnya terlebih dahulu, dan hindarilah daripada duduk bersama orang-orang kaya.)) [Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn Sa'd dalam Tabaqatnya, Ibn Abi al-Dunya dalam Dham al-Dunia, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Adiy dalam kitab al-Kamil fi al-Ḍu’afa’, dan al-Bughawi dalam Sharh al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1294].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs