Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ياعائشةُ! إن أردتِ اللُّحوقَ بي، فَلْيَكْفِكِ من الدنيا كزادِ الرَّكْبِ، ولا تستخلِقي ثوبًا حتى تُرَقِّعيه، وإياكِ ومجالسةَ الأغنياءِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Aishah! Sekiranya kamu mahu menurutiku, maka hendaklah kamu berpada-pada dengan dunia umpama bekalan para penunggang, janganlah kamu menukar pakaian koyak sehingga kamu menampalnya terlebih dahulu, dan hindarilah daripada duduk bersama orang-orang kaya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597, hadis no. 3079.
(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((يا عائشة! إن أردت اللحوق بي، فليكفك من الدنيا كزاد الركب، ولا تستخلقي ثوبا حتى ترقعيه، وإياك ومجالسة الأغنياء)). [ت، ابن سعد، ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ك، عد، البغوي، ((الضعيفة)) (1294)].
(Sangat lemah) Daripada Aishah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Wahai Aishah! Sekiranya kamu mahu menurutiku, maka hendaklah kamu berpada-pada dengan dunia umpama bekalan para penunggang, janganlah kamu menukar pakaian koyak sehingga kamu menampalnya terlebih dahulu, dan hindarilah daripada duduk bersama orang-orang kaya.)) [Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn Sa'd dalam Tabaqatnya, Ibn Abi al-Dunya dalam Dham al-Dunia, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Adiy dalam kitab al-Kamil fi al-Ḍu’afa’, dan al-Bughawi dalam Sharh al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1294].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman