Wahai ‘Aishah! Jika engkau memasak satu periuk masakan, maka perbanyakkan di dalamnya labu kerana ia sangat baik untuk hati orang yang bersedih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة إذا طبخت قدراً فأكثروا فيها من الدباء فإنه يشد قلب الحزين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Aishah! Jika engkau memasak satu periuk masakan, maka perbanyakkan di dalamnya labu kerana ia sangat baik untuk hati orang yang bersedih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 442, hadis nombor 2367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن عائشة -رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: ((يا عائشة إذا طبخت قدراً فأكثروا فيها من الدباء فإنه يشد قلب الحزين.)) [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6935)).

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai ‘Aishah! Jika engkau memasak satu periuk masakan, maka perbanyakkan di dalamnya labu kerana ia sangat baik untuk hati orang yang bersedih.
[Riwayat Abu Bakar al-Shafi‘i di dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6935].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.