TEKS BAHASA ARAB
يا عائشة اهجري المعاصي فإنها أفضل من الهجرة وحافظي على الصلاة فإنها أفضل من الجهاد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai ‘Āishah, hendaklah kamu meninggalkan maksiat kerana sesungguhnya meninggalkan maksiat lebih baik daripada berhijrah dan peliharalah solat kerana sesungguhnya solat lebih baik daripada jihad.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 119, hadis nombor 614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: يا عائشة اهجري المعاصي فإنها أفضل من الهجرة وحافظي على الصلاة فإنها أفضل من الجهاد. [عق، الضعيفة (5673)]
(Munkar) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Wahai ‘Āishah, hendaklah kamu meninggalkan maksiat kerana sesungguhnya meninggalkan maksiat lebih baik daripada berhijrah dan peliharalah solat kerana sesungguhnya solat lebih baik daripada jihad. [Diriwayatkan oleh al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5673]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.