Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai ‘Āishah, hendaklah kamu meninggalkan maksiat kerana sesungguhnya meninggalkan maksiat lebih baik daripada berhijrah

Teks Bahasa Arab

يا عائشةُ اهجُري المعاصيَ فإنَّها أفضلُ الهِجرةِ وحافِظي على الصَّلاةِ فإنَّها أفضلُ الجِهادِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai ‘Āishah, hendaklah kamu meninggalkan maksiat kerana sesungguhnya meninggalkan maksiat lebih baik daripada berhijrah dan peliharalah solat kerana sesungguhnya solat lebih baik daripada jihad.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 119, hadis no. 614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: يا عائشة اهجري المعاصي فإنها أفضل من الهجرة وحافظي على الصلاة فإنها أفضل من الجهاد. [عق، الضعيفة (5673)]

(Munkar) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Wahai ‘Āishah, hendaklah kamu meninggalkan maksiat kerana sesungguhnya meninggalkan maksiat lebih baik daripada berhijrah dan peliharalah solat kerana sesungguhnya solat lebih baik daripada jihad. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5673]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.