Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كنت أخرج مع رسول الله في مغازيه فأداوي الجرحى وأقوم على المرضى فلما خرج علي إلى البصرة خرجت معه. فلما رأيت عائشة واقفة دخلني شيء من الشك فأتيتها فقلت: هل سمعت من رسول الله فضيلة في عليّ؟ فقالت: نعم. دخل علي على رسول الله وهو مع عائشة وهو على فريش وعليه جرد قطيفة فجلس بينهما. فقالت له عائشة: أما وجدت مكانا هو أوسع لك من هذا؟ فقال النبي: يا عائشة! دعي أخي فإنّه أول الناس إسلاما وآخر الناس بي عهدا عند الموت وأول الناس لي لقيا يوم القيامة.
Teks Bahasa Melayu
Saya pernah turut serta bersama Rasulullah SAW dalam salah satu ekspedisi peperangan bersama Baginda, saya bertugas memulihkan tentera yang cedera serta membantu keperluan para pesakit. Ketika ‘Ali RA menuju ke Basrah, saya juga turut serta bersama beliau. Ketika mana saya melihat ‘Aishah RA berdiri, terdetik sekelumit perasaan ragu di dalam hati saya, lantas saya mendatangi beliau kemudian bertanya: “Adakah puan pernah mendengar sebarang hadis daripada Rasulullah SAW berkenaan keutamaan ‘Ali RA? Maka beliau (‘Aishah RA) berkata: Ya, pernah. ‘Ali RA pernah masuk ke sebuah bilik untuk bertemu Rasulullah SAW ketika Baginda sedang bersama ‘A’ishah RA di dalamnya, Baginda sedang duduk di atas sebuah katil kecil yang beralaskan kain baldu yang lusuh, lantas beliau (‘Ali RA) duduk di antara mereka berdua, maka ‘Aishah RA berkata kepadanya: Adakah engkau tidak mendapati ruang lain yang lebih luas untuk duduk berbanding di sini? Lantas, Nabi SAW bersabda, Wahai ‘Aishah, biarkanlah saudaraku ini. Sesungguhnya beliaulah antara manusia yang paling awal memeluk Islam, manusia yang paling akhir sekali berpisah dariku di saat kematianku, serta manusia paling awal yang bakal bertemu denganku di hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Layla al-Ghifariyyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1025, hadis no. 5265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ليلى الغفارية رضي الله عنها قالت: كنت أخرج مع رسول الله في مغازيه فأداوي الجرحى وأقوم على المرضى فلما خرج علي إلى البصرة خرجت معه. فلما رأيت عائشة واقفة دخلني شيء من الشك فأتيتها فقلت: هل سمعت من رسول الله فضيلة في عليّ؟ فقالت: نعم. دخل علي على رسول الله وهو مع عائشة وهو على فريش وعليه جرد قطيفة فجلس بينهما. فقالت له عائشة: أما وجدت مكانا هو أوسع لك من هذا؟ فقال النبي: يا عائشة! دعي أخي فإنّه أول الناس إسلاما وآخر الناس بي عهدا عند الموت وأول الناس لي لقيا يوم القيامة. [عق، ابن الجوزي في العلل، الضعيفة (٦٤٣٣)]
(Batil) Daripada Layla al-Ghifariyyah RA, beliau berkata: Saya pernah turut serta bersama Rasulullah SAW dalam salah satu ekspedisi peperangan bersama Baginda, saya bertugas memulihkan tentera yang cedera serta membantu keperluan para pesakit. Ketika ‘Ali RA menuju ke Basrah, saya juga turut serta bersama beliau. Ketika mana saya melihat ‘Aishah RA berdiri, terdetik sekelumit perasaan ragu di dalam hati saya, lantas saya mendatangi beliau kemudian bertanya: Adakah puan pernah mendengar sebarang hadis daripada Rasulullah SAW berkenaan keutamaan ‘Ali RA? Maka beliau (‘Aishah RA) berkata: Ya, pernah. ‘Ali RA pernah masuk ke sebuah bilik untuk bertemu Rasulullah SAW ketika Baginda sedang bersama ‘A’ishah RA di dalamnya, Baginda sedang duduk di atas sebuah katil kecil yang beralaskan kain baldu yang lusuh, lantas beliau (‘Ali RA) duduk di antara mereka berdua, maka ‘Aishah RA berkata kepadanya: Adakah engkau tidak mendapati ruang lain yang lebih luas untuk duduk berbanding di sini? Lantas, Nabi SAW bersabda, Wahai ‘Aishah, biarkanlah saudaraku ini. Sesungguhnya beliaulah antara manusia yang paling awal memeluk Islam, manusia yang paling akhir sekali berpisah dariku di saat kematianku, serta manusia paling awal yang bakal bertemu denganku di hari kiamat. [Riwayat al-‘Uqayli di dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir, Ibn al-Jawzi di dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6433]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman