Wahai 'Aishah! Berbuat baiklah terhadap nikmat-nikmat Allah yang berada di sekeliling

TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة أحسني جوار نعم الله فإنها قل ما نفرت عن أهل بيت فكادت أن ترجع إليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Aishah! Berbuat baiklah terhadap nikmat-nikmat Allah yang berada di sekeliling. Ini kerana sedikit sahaja nikmat yang pergi daripada ahli keluarga ia akan kembali kepada mereka.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 98, hadis nombor 77. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه ابن ماجه (3353) ، وابن أبي الدنيا في الشكر (رقم 2) من طريق الوليد بن محمد الموقري عن الزهري عن عروة عن عائشة قالت: دخل النبي صلى الله عليه وآله وسلم فرأى كسرة ملقاة فمسحها، وقال … فذكره. قال البوصيري في الزوائد : في إسناده الوليد بن محمد. وهو ضعيف.
قلت: تساهل البوصيري رحمه الله في شأن الوليد. وقد كذبه ابن معين ومحمد بن عوف. وتركه النسائي وغيره. وقال ابن حبان: روى عن الزهري أشياء موضوعة لم يروها الزهري قط. فالسند ضعيف جداً. ولكنه توبع، تابعه خالد بن إسماعيل المخزومي، عن هشام بن عروة، عن عروة، عن عائشة مرفوعاً به. أخرجه ابن عدي (3/ 912) ، والخطيب في التاريخ (11/ 229) قلت: وهذا سند ساقط. وخالد بن إسماعيل كان يضع الحديث على ثقات المسلمين. قال ابن عدي: وهذا الحديث يروى أيضاً عن الزهري، عن عروة عن عائشة رواه عن الزهري الوليد بن محمد الموقري، وهو شر من خالد بن إسماعيل. أ. هـ‍. وتابعه أيضاً القاسم بن غصن، عن هشام بن عروة عن عروة عن عائشة مرفوعاً به. أخرجه ابن عدي (3/912) والخطيب في التاريخ (11/229) قلْتُ: هذا سند ساقط. وخالد بن إسماعيل كانَ يضع الحديث على ثقات المسلمين. قالَ ابن عدي: وهذا الحديث يروى أيضاً عن الزهري عن عروة عن عائشة رواه عن الزهري الوليد بن محمد الموقري وهو شر من الشكر (68) . وسنده ضعيف. والقاسم ضعفه أبو حاتم. وقال أحمد: حدث بأحاديث مناكير. وقال ابن حبان: يروى المناكير عن المشاهير.
وله طريق آخر عن عائشة أخرجه ابن حبان في المجروحين (3/ 154) ومن طريقه ابن الجوزي في الموضوعات (2/ 291) من طريق أبي أشرس الكوفي، عن شريك، عن جعفر بن محمد عن أبيه، عن آبائه، قالوا مر رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم على كسرة ملقاة فقال: يا شقيراء يا حميراء أحسني جوار نعمة الله. فبالخبز أنزل الله المطر من السماء وبالخبز أنبت النبات من الأرض، وبالخبز صمنا وصلينا، وبالخبز حججنا بيت ربنا، وبالخبز جاهدنا عدونا، ولولا الخبز ما عبد الله في الأرض. قلت: وهذا حديث باطل، ومتنه في غاية النكارة. قال ابن حبان: أبو أشرس الكوفي شيخ يروى عن شريك الأشياء الموضوعة التي ما حدث بها شريك قط، لا يحل ذكره في الكتب إلا على سبيل الإنباء عنه أ. هـ‍. وذكره ابن حاتم في العلل (2/ 312/ 2480) عن ابن مسعود موقوفاً. وحكى عن أبيه أنه قال: هذا حديث موضوع.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Majah (3353), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syukr (hadith : 2) melalui sanad al-Walid bin Muhammad al-Muqiri daripada al-Zuhri daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah, katanya: “Nabi SAW masuk lalu melihat remukan roti terbuang, Baginda SAW pun mengusapnya lalu bersabda…, lalu Baginda SAW menyebutkan hadith tersebut”. Al-Busiri berkata dalam al-Zawaid: "Dalam sanadnya terdapat al-Walid bin Muhammad, beliau seorang yang dha’if".
Saya berkata: al-Busiri r.h bermudah-mudah dalam memberikan penilaian terhadap al-Walid. Beliau telah dinilai sebagai pendusta oleh Ibn Ma’in dan Muhammad bin ‘Awf. Al-Nsa’ei dan lain-lain telah meninggalkan riwayat beliau. Ibn Hibban berkata: "Beliau meriwayatkan daripada al-Zuhri hadith-hadith palsu yang tidak pernah diriwayatkan langsung daripada al-Zuhri", maka sanad tersebut terlalu dha’if. Namun, ianya disokong oleh Khalid bin Isma’il al-Makhzumi daripada Hisham bin ‘Urwah daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah secara marfu’ hadith tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (3/912), al-Khatib dalam al-Tarikh (11/229).
Saya berkata: Sanad ini Saqit. Khalid bin Isma’il selalu memalsukan hadith atas nama perawi-perawi muslim yang thiqah. Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini juga diriwayatkan daripada al-Zuhri daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah. Al-Walid bin Muhammad al-Muqiri turut meriwayatkannya daripada al-Zuhri, beliau lebih teruk lagi berbanding Khalid bin Isma’il". Al-Qasim bin Ghasn turut menyokong Khalid, al-Qasim meriwayatkan daripada Hisham bin ‘Urwah dengan sanadnya. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Khara’iti dalam Fadhilah al-Syukr (68). Sanadnya dha’if. Al-Qasim telah dinilai dha’if oleh Abu Hatim. Ahmad pula berkata: "Beliau meriwayatkan hadith-hadith munkar". Ibn Hibban berkata: "Beliau meriwayatkan hadith-hadith munkar daripada para perawi yang masyhur".
Hadith tersebut juga ada satu lagi sanad lain daripada ‘Aishah. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (3/154), juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (2/291) melalui Ibn Hibban, daripada sanad Abu Ashrath al-Kufi daripada Syarik daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya daripada datuk-datuknya, mereka berkata: Rasulullah SAW pernah berjalan melintasi remukak roti terbuang, lalu Baginda SAW bersabda: "Wahai Shuqaira’! Wahai Humaira’! Berbuat baiklah terhadap nikmat Allah disekeliling. Oleh kerana rotilah Allah telah menurunkan hujan daripada langit, kerana rotilah Allah tumbuhkan tumbuhan di bumi, oleh kerana rotilah kita berpuasa dan kita solat, kerana rotilah kita haji dirumah Tuhan kita, kerana rotilah kita berjihad memerangi musuh kita. Kalaulah tidak kerana roti, maka tidak ada hamba Allah di muka bumi".
Saya berkata: Hadith ini batil, matannya tersangat munkar. Ibn Hibban berkata: "Abu Ashrath al-Kufi seorang Syeikh yang meriwayatkan daripada Syarik hadith-hadith palsu yang tidak diceritakan langsung oleh Syarik. Tidal halal menyebutkan beliau dalam kitab-kitab kecuali untuk tujuan memberikan peringatan tentangnya". Ibn Abi Hatim menyebutkannya dalam al-‘Ilal (2/312/2480) daripada Ibn Mas’ud secara mawquf. Ibn Abi Hatim telah menukilkan daripada ayahnya bahawa ayahnya berkata: "Ini adalah hadith palsu".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs