Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai ‘Aishah! apabila engkau masak dengan suatu kadar tertentu, maka perbanyakkanlah labu

Teks Bahasa Arab

يَا عَائِشَةُ! إِذَا طَبَختِ قِدْرًا فَأَكثَرُوا فِيهَا مِن الدُّبَّاءِ؛ فَإِنَّهُ يَشُدُّ قلبَ الحزينِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai ‘Aishah! apabila engkau masak dengan suatu kadar tertentu, maka perbanyakkanlah labu di dalamnya (masakan), kerana sesungguhnya ia boleh menguatkan jantung hati yang kesedihan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1187, hadis no. 6019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((يا عائشة! إذا طبخت قدرا فأكثروا فيها من الدباء؛ فإنه يشد قلب الحزين)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6935)]

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Wahai ‘Aishah! apabila engkau masak dengan suatu kadar tertentu, maka perbanyakkanlah labu di dalamnya (masakan), kerana sesungguhnya ia boleh menguatkan jantung hati yang kesedihan. [Riwayat Abu Bakar al-Syafi’i dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6935]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.