TEKS BAHASA ARAB
كان إذا أصابه خصاصة نادى أهله: يا أهلاه! صلوا صلوا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW apabila ditimpa kesusahan baginda akan memanggil ahli keluarganya, lalu bersabda: Wahai ahli keluargaku, dirikanlah solat, dirikanlah solat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 268, hadis nombor 1397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ثابت، قال: ((كان إذا أصابه خصاصة نادى أهله: يا أهلاه! صلوا صلوا)). قال ثابت: ((وكانت الأنبياء إذا نزل بهم أمر فزعوا إلى الصلاة)). [ابن أبي حاتم كما في ((تفسير ابن كثير))، ((الضعيفة)) (2760)]
(Lemah)
Daripada Tsabit, beliau berkata: Rasulullah SAW apabila ditimpa kesusahan baginda akan memanggil ahli keluarganya, lalu bersabda: Wahai ahli keluargaku, dirikanlah solat, dirikanlah solat. Tsabit berkata: Sesungguhnya para Nabi apabila berlaku sesuatu perkara kepada mereka, mereka akan bersegera mendirikan solat.
[Riwayat Ibn Abi Hatim sebagaimana yang terdapat dalam Tafsir Ibn Katsir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2760]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.